Gambar Pegang Stereng Kereta, Raisyyah Kecewa Dikutuk

Kuala Lumpur – Bekas model yang baru memeluk Islam pada Ramadan lalu, meluahkan rasa kesal dan sedih terhadap sesetengah pihak yang terlalu cepat menghukum tanpa memahami niat sebenarnya.

Raisyyah Rania Yeap berkata, tindakan memuat naik sekeping gambar dia memegang stereng kereta Porsche di laman Instagram, menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadapnya.

Jelasnya, niatnya memuat naik gambar berkenaan adalah untuk memberi galakan kepada dirinya untuk bekerja keras bagi mendapatkan kereta idamannya.

“Motif muat naik gambar tangan saya pada stereng kereta Porsche adalah untuk menggalakkan dan mengingatkan saya untuk bekerja lebih keras bagi mendapatkan kereta yang diimpikan sejak zaman tadika,” jelasnya.

Malangnya, ada sesetengah pengikutnya lebih cenderung melihat perkara remeh, seperti kukunya (dalam gambar) dan mengaitkan dengan Islam.

“Ini adalah sesuatu yang sudah dijangkakan, apabila seseorang baru memeluk agama Islam.

“Mereka lebih cenderung melihat kuku saya dan menghukum saya. Sesetengah komen tidak berdasarkan apa yang dimaksudkan.

“Ada juga yang mengata saya ‘Cina bukit’ melalak dan menunjuk-nunjuk.

“Bagi pengikut bukan Islam, mereka menganggap saya menjual diri untuk barang mewah dan menganggap itulah sebabnya saya memeluk ke Islam,” tulisnya dalam laman Facebook.

Raisyyah sebelum ini pernah mengejutkan negara, apabila tampil bertudung dan seterusnya memeluk agama Islam pada 3 Julai lalu, bersamaan 5 Ramadan, iaitu pada ulang tahun kelahirannya ke-28.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!