KEMASKINI [11 Gambar] : Blok Konkrit MRT Runtuh, 3 Disahkan Maut

KEMASKINI Shah Alam – Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya.

Dalam kenyataannya, sebuah jambatan konkrit sepanjang 38 meter dan seberat 300 tan yang dalam pembinaan dikatakan telah tertanggal dari tiangnya dan terjatuh.

“Usaha menyelamat masih berjalan dan pasukan tindakan kecemasan sedang bersedia di tempat kejadian, kata kenyataan itu.

MRT Corp turut mengesahkan bahawa tiga pekerja mereka dipercayai terperangkap di bawahnya.

Tiga pekerja terbabit adalah warga Bangladesh yang dikenali sebagai Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

MRT turut memaklumkan tiada orang awam yang terbabit dalam kemalangan berikutan tapak kemalangan tidak boleh dilalui sebarang kenderaan awam.

Lokasi kejadian adalah berhampiran Stesen MRT Kawasan Damansara yang dalam pembinaan.

Susulan itu juga semua kerja-kerja pembinaan di laluan Pakej V1 telah digantung sehingga sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang berada di lokasi melahirkan rasa kecewa dengan insiden.

“Buat masa ini kami terpaksa menutup tapak projek sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Pihak berkuasa sebelum ini telah mengarahkan pihak MRT Corporation agar menutup tapak projek berkenaan.

“Meskipun siasatan masih dijalankan, pihak MRT Corp mengambil tanggung jawab sepenuhnya terhadap kemalangan itu. Sejurus siasatan selesai, tindakan sewajarnya akan diambil,” kata Azhar.

Awal malam tadi menerusi tweet-nya, MRT Corp memaklumkan pasukan bertindak iaitu polis serta Pasukan Bomba dan Penyelamat telah digerakkan dan diletakkan keadaan bersedia di lokasi kemalangan.

Beliau berkata, ketika kejadian jam 8.30 malam itu, tiga lelaki terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemasangan satu bahagian konkrit pada ketinggian 38 meter bersama seorang lagi pekerja apabila ia terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah.

Tiga pekerja berkenaan dipercayai bekerja pada shif kedua sehingga awal pagi sebelum kejadian runtuhan berlaku.

“Semasa runtuhan berlaku seorang pekerja sempat menyelamatkan diri dengan terjun dari lokasi pemasangan konkrit dan mengalami kecederaan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, malam tadi.

Menurut lagi mangsa yang mengalami kecederaan itu telah dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Azhar berkata, sehingga pukul 1 pagi ini, pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.

Kawasan pembinaan tersebut mula beroperasi pada 2012 dan dijangka siap pada awal 2015.

Menurutnya, siasatan secara terperinci sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar runtuhan.

“Pihak MRT sentiasa mengutamakan keselamatan pekerja dalam mereka yang bekerja di tapak projek,” katanya.

Sementara itu Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menggunakan kaedah “tunnelling” iaitu mengorek lubang di tepi runtuhan landasan konkrit di tapak itu bagi mengesan kedudukan mangsa yang tertimbus.

Beliau berkata khidmat anjing pengesan dari unit K9 Bomba turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat tiga pekerja Bangladesh itu yang dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.

“Usaha sedang dijalankan menggunakan kaedah tunnelling kerana konkrit berkenaan terlalu berat dan panjang untuk dialihkan,” katanya.

Katanya, kesemua 14 unit landasan itu adalah seberat 490 tan.

Runtuhan Konkrti MRT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 7

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 8

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 9

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 10

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.