Bangkai Bernyawa Mana Dok Sebar Bidaah – Azwan Ali

Kuala Lumpur – Pengacara popular, Azwan Ali berkata dia tidak kisah siapa pun dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun dalam tweet terbarunya dia seperti menyindir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim dengan panggilan gagap.

Tweet azwan 4  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dia sebelum ini menyelar pihak yang menuduhnya kecewa itu sebagai “bangkai bernyawa” ekoran abangnya Azmin Ali yang tidak tercalon di dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Azmin Ali merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Gombak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa.

Tweet azwan 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tambah Azwan, dia tidak kisah mana-mana calon dilantik kerana tidak ada seorang Menteri Besar pun yang pernah memberikannya minum walau segelas air kosong.

Tweet azwan 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Azwan sebelum ini dikatakan ‘terasa’ dengan tweet Pemuda UMNO Puchong yang menuduhnya mengamuk kerana Azmin tidak terpilih sebagai calon menteri besar.

Tweet itu, walau bagaimanapun, telah dipadamkan.

Azwan turut memberi amaran kepada Pemuda UMNO Puchong supaya tidak mengaitkannya lagi dengan isu berkenaan.

Tweet azwan 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Baca : Krisis MB Selangor: Azwan Ali Mengamuk Di Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.