2 ADUN Belot, PAS Selangor Serah Pada Pusat Untuk Tindakan

Shah Alam – PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan terhadap dua ADUN parti itu yang memberi sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad berkata PAS pusat telah meminta laporan mengenai tindakan dua ADUN tersebut- Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

“Kami biarkan PAS pusat untuk ambil tindakan terhadap (dua ADUN) itu.

“Sebenarnya PAS pusat dah minta pada hari kejadian dan saya dah serahkan pada setiausaha PAS Selangor untuk siapkan laporan,” katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, Saari dan Hasnul menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehari selepas itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa mahu memanggil dua ADUN tersebut dan mengarahkan Iskandar menyediakan laporan penuh mengenai isu itu.

Sementara itu Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata beliau telah menghantar laporan tersebut kepada PAS pusat dan mereka akan membincangkan tindakan susulan.

“Semalan PAS Pusat buat kenyataan, perkara tersebut sudah dalam perhatian mereka.

“Betul… pusat sudah terima laporan dan akan bincang hal tersebut,” katanya kepada wartawan.

One thought on “2 ADUN Belot, PAS Selangor Serah Pada Pusat Untuk Tindakan

  • August 20, 2014 at 1:51 am
    Permalink

    dalam menyelesaikan masaalah dan krisis jangan terpengaruh dengan emosi…berpeganglah pada prinsip kasih dan sayang…di mana pernah berlaku 2 puak yang pada mulanya mempunyai hubungan yang baik tetapi bermusuhan setelah dihasut olih seseorang…bila diketahui olih Nabi S.A.W baginda mendamaikan mereka dengan perasaan kasih sayang hingga di antara mereka saling bersalaman dengan tangisan keinsafan…akhirnya niat jahat untuk memecah-belahkan persaudaraan orang Islam gagal…Allahuakbar!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.