Remaja Dibunuh Kerana Gaduh Hasil Jualan Dadah – Polis

ISKANDAR PUTERI – Misteri pembunuhan seorang remaja yang mayatnya ditanam separuh badan di kebun durian di Bandar Baru Kangkar, Pulai dekat sini pada 5 Julai lalu terbongkar apabila mangsa dibunuh angkara pergaduhan hasil jualan dadah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamed berkata, motif kejadian itu terjawab apabila polis berjaya menahan 17 individu termasuk enam wanita selepas dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Katanya, kesemua 11 lelaki dan enam wanita masing-ma­sing berusia antara 15 hingga 40 tahun ditahan dalam beberapa operasi pada 7 hingga 16 Julai lalu.

Menurutnya, kesemua suspek itu ditahan hasil serbuan di beberapa buah rumah serta hotel di sekitar Johor Bahru. – Kosmo!

One thought on “Remaja Dibunuh Kerana Gaduh Hasil Jualan Dadah – Polis

  • July 25, 2018 at 6:45 pm
    Permalink

    dadah musnah segala2nya….lihat dan pantau lah individu atau kumpulan yg hidup mewah melampau2 tentu ada penglibatan dadah jenayah…. usia muda dalam akaun bank punyai ribuan ringgit…! kita yg kerja siang malam tak punya simpanan semacam itu!….sindikit asing guna kp warga malaysia yg muda2 ini… siasat teliti mesti jumpa salah laku ini…! ramai yg cakap kebanyakan muda mudi di kuala lumpur yg tidak bekerja!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.