Pembelian Kenderaan Dikenakan Cukai SST – Kastam

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia menafikan kenderaan penumpang tidak akan dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T Subromaniam berkata, berlaku salah faham dan terdapat pihak salah tafsir senarai yang telah dimuatnaik dalam laman sesawang jabatan itu.

“Kami ingin menjelaskan bahawa kenderaan penumpang sememangnya dicadang dikenakan cukai jualan. Walaubagaimanpun ada pihak yang telah salah tafsir senarai yang yang telah dimuatnaik tanpa merujuk kepada pihak Kastam,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, tular di laman sosial kenyataan pengguna akan dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah apabila kenderaan penumpang tidak akan dikenakan SST.

Menurutnya, barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dalam senarai tersebut hanya merujuk kepada komponen yang tercurai bagi pemasangan kenderaan penumpang (Completely Knocked Down–CKD) sahaja.

“Apabila kenderaan siap dipasang daripada komponen-komponen CKD yang diimport tadi, kenderaan yang telah siap tersebut adalah tertakluk kepada cukai jualan.

“Dengan penjelasan ini, kami berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat dan pengguna,” katanya.

– Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.