Nilai Ringgit Jatuh Ke Paras Terendah Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Pada jam 9.00 pagi tadi Ringgit dibuka dalam keadaan sedikit mengukuh pada paras RM4.0550 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), lebih baik dari harga penutup semalam menyaksikan Ringgit jatuh kepada RM4.0570 bagi setiap dolar AS.

Prestasi baik pembukaan hari ini tidak berterusan apabila Ringgit kembali jatuh ke paras RM4.0620 berbanding dolar AS yang merupakan nilai terendah sepanjang tahun ini.

Sehingga tengahari ini nilai Ringgit kembali diniagakan pada harga RM4.0588 dan sepanjang hari ini ia dijangkakan terus berlegar antara RM4.0545 hingga RM4.0620 berbanding dolar.

Semalam, Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata nilai ringgit dijangka jatuh lagi ke paras RM4.10 hingga RM4.15 sekiranya ketidaktentuan ekonomi terus meningkat.

“Jika perang perdagangan global terus meningkat dan harga minyak mentah turun mendadak, Ringgit mungkin jatuh antara RM4.10 hingga RM4.15 berbanding dolar AS,” katanya. – SuaraTV\

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.