Kenaikan Tarif Elektrik Sebabkan Kos Operasi dan Harga Barang Meningkat, Kata Persatuan Peruncit

KUALA LUMPUR — Kenaikan tarif elektrik untuk perniagaan akan menyebabkan kos operasi dan harga barangan turut meningkat.

Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) berkata kenaikan tarif elektrik mulai awal bulan ini tidak wajar dibuat oleh Tenaga Nasional.

Ia mewakili 440 operator rangkaian runcit dan pemegang francais yang melibatkan 25,000 premis.

“Jika anda mempunyai banyak kedai, jumlahnya [kos elektrik] akan bertambah,” kata presidennya Datuk Seri Garry Chua.

“Kita tidak boleh membenarkan kenaikan itu buat masa ini khususnya apabila kerajaan cuba untuk mengurangkan kos.”

Tambahnya, kenaikan itu “tidak produktif” ketika kerajaan melaksanakan cukai GST sifar dan tiada pula cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Kadar GST baru itu diperkenal mulai Jun, sementara SST akan diperkenalkan semula September ini. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.