Video : ‘Sokongan Warga Felda Masih Kuat Terhadap BN, Dakwaan Pembangkang Tak Berasas’

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Wira Othman Aziz menegaskan beliau tidak bersetuju terhadap dakwaan pembangkang berhubung penolakan warga Felda terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, sokongan yang diberikan masih berterusan dan tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan yang memerintah pada hari ini.

“Saya tak bersetuju dengan dakwaan tersebut. Saya yakin majoriti masyarakat Felda meyokong kerajaan,”katanya ketika diminta mengulas berhubung dakwaan tersebut di pejabatnya di hadapan pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, pembangkang akan meneruskan serangan politik mereka dan tidak pernah berhenti membuat pelbagai dakwaan.

Tambahnya, dakwaan tersebut juga tidak betul sepertimana yang sentiasa dimainkan pihak pembangkang bagi mengalih isu tersebut sekali gus menjadikannya sebagai alat untuk menyerang kerajaan.

“Mereka ini akan terus membuat dakwaan tapi berdasarkan tempat saya sendiri memang tak betul dakwaan itu.

“Kerana kami warga Felda secara keseluruhannya masih sayang dan terus menyokong kerajaan yang sedia ada, kerana apa kami berterima kasih kepada Felda,”katanya yang juga merupakan satu-satunya menteri daripada warga Felda (generasi kedua) Lubuk Merbau, Kedah.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada masyarakat Felda agar menyuluh kembali sejarah sejarah lama dan menasihatkan agar generasi terbaharu mengejar produktiviti.

“Janganlah terlalu mengejar sesuatu sehingga yang dikendong berciciran,”katanya.

Beliau turut menjelaskan maksud produktiviti yang seharusnya dikejar oleh generasi baharu Felda ini adalah mencari jalan bagi kegiatan sampingan yang produktif demi meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.

“Ini (hanya) duduk di kedai kopi, sembang lepak, (lepas itu) tak dapat hasil marahkan kerajaan..tak dapat BR1M marah. Ini nasib baik kerajaan Barisan Nasional (BN) (dapat BR1M) kalau kerajaan lain, tak ada langsung,”ujarnya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.