Video: NGO Lapor Polis Komplot Mahathir, Muhyiddin Mahu Jatuhkan Najib

PETALING JAYA – Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mengesa polis menyiasat dengan segera dua orang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia susulan pengakuan Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengenai komplot menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak oleh bapanya.

Justeru beliau mengesa agar mereka disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Hal ini adalah satu bukti yang kukuh yang boleh disisasat dibawah akta sosma.

“Sosma ini adalah untuk orang yang ingin sabatoj negara.

“Saya buat laporan polis agar pihak polis siasat mereka di atas akta SOSMA. Cubaan untuk mengulingkan pemimpin bermakna cubaan untuk mengulingkan ekonomi.

“Jadi kita minta polis ambil tindakan tegas,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ipd Petaling Jaya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan tindakannya membuat laporan polis bukan satu sebaliknya bersandarkan bukti kukuh susulan pengakuan Mukhriz sendiri.

“Ini bukan fitnah tapi kenyataan sendiri oleh Mukhriz di dalam mahkamah apabila bila ditanya mengenai komplot dan beliau menjawab ‘ya’.

“Bukti dah cukup dan pihak pihak berkuasa tidak perlu tunggu lagi dan ambil tindakan terus,”ujarnya.

Beliau juga turut mengesa pihak polis agar menyiasat media mana yang berkerjasama dengan mereka dalam mengulingkan pemimpin negara.

“Siasat, mereka guna saluran media mana untuk memburukkan kepimpinan negara,”katanya.

Khamis lepas, Mukhriz mengaku bahawa bapanya dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

“Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014,” katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.