Siti Saleha Elak Tajaan Perkahwinan

Menghitung hari sebelum disatukan dengan pilihan hati, pelakon Siti Saleha mengakui berusaha untuk tidak terlalu tertekan terutama dalam soal persiapan perkahwinan.

Bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang penjawat awam, Ahmad Lutfi Azhar, 31, pelakon drama rantaian 7 Hari Mencintaiku itu juga memberitahu, dia mula menjarakkan diri dari lokasi penggambaran sejak tiga bulan lalu, seperti memetik laporan Kosmo.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan 100 peratus tumpuan dapat ditumpahkan kepada persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 28 Julai ini, manakala majlis resepsi pula akan dijalankan keesokan harinya.

Dalam tempoh seminggu menjelang hari bahagianya, wanita kelahiran Basildon, Britain itu juga seboleh-bolehnya mahu mengelak menerima sebarang tajaan perkahwinan daripada mana-mana pihak, kecuali bagi barangan hantaran.

Keputusan berkenaan dibuat demi memberikan sentuhan ‘eksklusif’ dan nilai nostalgia buat dirinya bersama bakal suami kerana melangsungkan majlis menggunakan hasil titik peluh sendiri.

Kata wanita berusia 27 tahun itu lagi, selain mengelakkan diri daripada berasa tertekan, dia juga mula membiasakan diri mempelajari menu kegemaran Lutfi iaitu ayam masak kicap.

Ditanya berhubung Menjelang tarikh Siti Saleha disatukan dengan Ahmad Lutfi Azhar, bagaimanakah persiapan perkahwinan pasangan itu Saleha menjawab, segalanya berjalan lancar.

“kini telah lebih 50 peratus persiapan majlis telah disediakan. Saya juga tidak mahu berasa terlalu tertekan kerana sibuk menguruskan majlis, sebaliknya mengambil pendekatan untuk lebih santai dan bersahaja,”ujarnya.

Mengulas mengenai persiapannya sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan nanti Saleha berkata tiada apa yang perlu difikirkan mahupun ditakutkan.

” Bagi saya, debaran itu perkara biasa buat semua bakal pengantin kerana tidak lama lagi kehidupan baharu akan bermula.

“Biarpun begitu, saya kekal positif selain berusaha mengelakkan diri daripada berasa terlalu memikirkan persiapan majlis. Mengenai persiapan peribadi, saya kini mula mempelajari cara penyediaan menu kegemaran suami iaitu ayam masak kicap daripada bakal ibu mertua.

“Selain itu, saya juga ada mempelajari beberapa jenis masakan lain sebagai persediaan untuk bergelar isteri kelak,”katanya.

Dalam pada itu dia turut mengulas majlis perkahwinannya berhubung tajaan, dia mwngakui menolak dari menerima sebarang tajaan daripada pihak tertentu.

“Tidak dinafikan ada banyak pihak yang ingin menghulurkan penajaan tetapi saya menolak kerana mahu berusaha menjayakan majlis sendiri. Keputusan itu turut dipersetujui bakal suami dan kami berharap keseluruhan majlis perkahwinan ini dibuat berdasarkan hasil titik peluh sendiri.

“Pastinya perkahwinan itu suatu perkara bermakna dan mempunyai nilai nostalgia yang akan dikenang hingga ke akhir hayat.

“Biarpun demikian, saya mungkin akan menerima tajaan tetapi ia melibatkan barangan hantaran.Bagaimanapun, segalanya terserah mengikut keadaan sehinggalah majlis tersebut berlangsung,”katanya.

Mengulas berhubung lokasi pilihan pasangan ini memilih lokasi untuk berbulan madu, dia menjelaskan buat masa sekarang mereka masih tidak mempunyai sebarang perancangan khusus kerana kedua-duanya sibuk.

“Tambahan, saya bukan seorang yang suka merancang tetapi lebih gemar mengikut keadaan. Sekiranya ada kelapangan, kami mungkin akan pergi berbulan madu,”katanya.

Mwngulas mengenai mengenai detik perkenalan mereka berdua, katannya mereka diperkenalkan oleh seorang rakan dalam sebuah majlis hari jadi.

” Awalnya, saya tidak memberi perhatian kepada Lutfi kerana ketika itu saya sedang menjalin hubungan dengan individu lain.

“Namun, itulah dinamakan jodoh. Alhamdulillah kami akhirnya berkenalan dan saling jatuh cinta. Insya-Allah akan berkahwin tidak lama lagi,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.