Ronaldo Sahkan Kekasih Hamil

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa kekasihnya iaitu seorang model terkenal, Georgina Rodriguez, 23, kini sedang mengandung.

Menurut laporan Mail Online, Ronaldo telah mengumumkan berita gembira itu kepada media antarabangsa bahawa dia bakal menerima cahaya mata keempat. 

“Saya sebenarnya tidak sabar untuk kongsikan berita ini kepada semua dan saya sangat gembira apabila mengetahui bakal mendapat seorang lagi anak,” katanya, lapor AstroGempak.

Berita tersebut sekali gus telah menjawab spekulasi orang ramai mengenai anak keempat Ronaldo.

Isu mula timbul apabila gambar kekasihnya dirakam dalam keadaan perut yang sudah menampakkan baby bump ketika bercuti bersama rakan-rakannya.

Sebelum ini, Ronaldo mempunyai seorang anak lelaki, Cristiano Ronaldo Jr., 7 dan dua orang anak kembarnya, Mateo dan Eva yang dilahirkan menerusi teknik ibu tumpang.

Rata-rata peminat Ronaldo mula membanjiri ruangan komennya di media sosial dengan mengucapkan tahniah diatas berita tersebut dan mereka mengakui tidak sabar untuk menantikan kelahiran anak keempatnya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.