Rakan Serumah Terbunuh Selepas Bergaduh

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga Indonesia terbunuh sementara rakan serumahnya cedera dipercayai setelah terlibat dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Kampung Buluh Penyumpit Kuah dekat Langkawi petang tadi.

Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Dr. Che Ghazali Che Awamg berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditemukan mati dengan kesan tikaman di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

“Rakan serumahnya iaitu warga tempatan berusia 19 tahun yang cedera mendapatkan jiran di sebuah kedai makan berdekatan setelah disyaki bergaduh dengan si mati.

“Mangsa kemudian ditemukan tidak bernyawa terbaring di rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, si mati dan rakannya itu hanya tinggal berdua sahaja di rumah tersebut sejak Februari lalu.

“Kedua mereka bekerja sebagai jurujual ayam di pasar awam Kelibang,” katanya.

Tambahnya, disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.