Mayat Suami Isteri Ditemui Selepas 75 Tahun Hilang

GENEVA – Mayat pasangan suami isteri warga tempatan yang hilang sejak 75 tahun lalu di pergunungan Alps telah ditemukan dalam keadaan beku di glasier Tsanfleuron dekat resort Les Diablerets, Switzerland.

Menurut pihak polis Valais, mayat mereka yang berpakaian lengkap era perang dunia kedua dan berdekatan antara satu sama lain ditemukan oleh seorang pekerja resort itu di ketinggian 2,615 meter, minggu lalu.

Polis turut memaklumkan menemukan surat pengenalan di samping kedua-dua mayat itu yang dikenali sebagai Marcelin Dumoulin, 40, bekerja sebagai tukang kasut manakala isterinya, Francine, 37 merupakan seorang guru.

Kedua-duanya meninggalkan tujuh anak, lima lelaki dan dua perempuan.

Pengarah syarikat Glacier 3000 yang menguruskan resort itu, Bernhard Tschannen berkata, pasangan itu dipercayai terjatuh ke dalam jurang. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.