Madonna Halang Seluar Dalam, Sikat Dan Gambar Peribadi Dari Dilelong

LOS ANGELES – Penyanyi antarabangsa terkena, Madonna cuba menghentikan acara melelong surat dari penjara yang ditulis bekas teman lelakinya, bintang rap Tupac Shakur, dan nota yang menyaksikan beliau menggelar penyanyi Whitney Houston dan aktres Sharon Stone sebagai ‘mengerikan’.

Menurut Reuters, laman twitter bertarikh 15 Januari 1995 bekas teman lelaki Madonna, bintang rap Tupac Shakur, memberi gambaran tentang hubungannya dengan Madonna ketika itu berusia 27 tahun, setelah mereka bertemu pada tahun 1993.

Penyanyi ‘Rebel Heart’ itu memfailkan permohonan di Mahkamah Agung New York untuk arahan larangan sementara terhadap pusat lelongan Gotta Have It Collectibles untuk menggantung jualan, dijangka bermula hari ini, lapor BH.

Madonna berkata, dalam dokumen mahkamah bahawa beliau tidak sedar sehingga membaca laporan akhbar banyak barangan disenaraikan untuk lelongan, termasuk surat daripada Shakur, yang tiada dalam simpanannya.

Dalam surat dua setengah halaman itu, bertarikh Januari 1995 dan ditulis ketika Shakur menjalani hukuman penjara kerana serangan seksual, beliau menamatkan hubungan mereka kerana berasa menjalin hubungan cinta dengan wanita kulit putih membahayakan kerjayanya.

“Saya rasakan disebabkan ‘imej’ saya, saya akan mengecewakan sebahagian peminat yang membentuk saya.

“Saya tidak berniat mengecewakan kamu,” tulis Shakur dalam surat itu kepada Madonna.

Shakur baru berusia 25 tahun apabila terbunuh dalam kejadian tembakan di Las Vegas pada September 1996.

Antara 20 barangan yang cuba dihalang Madonna untuk dilelong adalah dua helai seluar dalamnya, sikat dan gambar peribadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.