Lelaki Digelar Hero, Gadai Nyawa Demi Tayar

Viral di media sosial apabila rakaman video seorang lelaki sanggup mengadaikan nyawanya demi membuang serpihan tayar yang pecah di sebuah lebuhraya.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook, Penang Kini, tindakan lelaki itu ternyata mendapat pujian netizen kerana sikap prihatinnya yang sanggup berkorban demi menyelamatkan nyawa pemandu yang lain, lapor AstroGempak.

Video yang berdurasi selama 43 saat itu telah ditonton lebih 39 ribu kali dan dikongsi lebih 3,000 netizen. 

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut memuji sikap prihatin lelaki tersebut dan mereka menggelarkan dia sebagai seorang hero.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.