Harga Petrol RON95, 97 dan Diesel Kekal

PETALING JAYA – Harga runcit petrol dan diesel kekal sama pada minggu keempat bulan Julai.

Harga petrol RON95 (RM1.97), RON97 (RM2.22) manakala Diesel kekal pada RM1.96 seliter.

Harga itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), akan berkuat kuasa tengah malam ini hingga 26 Julai.

Perubahan harga petrol dan diesel secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu berikutan rasionalisasi subsidi. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.