Blogger Britain Beli Proton Saga Aeroback Dengan Harga RM280

SEORANG blogger automatif dari Britain telah membeli sebuah Proton Saga Aeroback dengan harga 50 pound atau RM280, baru-baru ini.

Menurut laporan Malaysian Digest, Ian Seabrook mengatakan kereta tersebut sudah mempunyai banyak bahagian yang tidak berfungsi.

Kata Ian, beliau tidak sabar menjalankan operasi membaik pulih (restoration) kepada kereta berkenaan.

“Kereta ini mempunyai bahagian bonet yang cantik. Saya suka akan bentuknya,” katanya melalui saluran Youtube beliau, ‘Hub Nut’.

Menurut Ian lagi, kereta tersebut adalah kereta Malaysia kedua yang dibelinya.

Pada 2016, Ian telah membeli Perodua Kancil dan telah memuat naik video ‘review’ mengenai kenderaan tersebut di saluran Youtubenya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.