Bayi Tertelan Kerongsang Stabil

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan yang dipercayai tertelan kerongsang sebesar kira-kira tiga sentimeter milik ibunya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, bayi itu yang dikenali sebagai Muhammad Naufal Hakim dibedah kelmarin dan pin yang tersangkut pada paru-parunya sudah berjaya dikeluarkan.

“Bayi tersebut selamat menjalani pembedahan dan stabil, namun masih dalam pemantauan doktor.

“Mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, HKL,”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.