Audi Dituduh Diskriminasi Susulan Iklan Seksis Terhadap Wanita

Iklan kereta Audi di China telah dibidas ramai dan didakwa sebagai seksis dan diskriminasi kerana menyamakan pemilihan kereta dengan seorang isteri.

Dalam iklan selama 34 saat itu, ia memaparkan bagaimana seorang wanita pertengahan umur telah memeriksa menantu perempuannya bagi memenuhi standardnya pada satu majlis perkahwinan anaknya itu.

Dia hanya berpuas hati selepas memeriksa hidung, telinga dan mulut bakal menantunya.

Tidak lama kemudian video itu mempromosikan platform Audi dengan suara latar belakang menyatakan `keputusan penting perlu dibuat berhati-hati’.

Susulan kecaman ramai, Audi menyatakan ia amat kesal dan mesej yang cuba disampaikan itu tidak sesuai dengan nilai syarikat. Berikutan itu, iklan yang disiarkan menerusi internet dan pawagam di China, telah ditarik balik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.