Anak Paksa Ibu Lakukan Hubungan Seks, Ditahan Polis

Seorang lelaki berusia 19 tahun ditangkap oleh polis selepas dia memaksa ibunya yang berusia 40 tahun melakukan seks dengannya. Kejadian itu berlaku di Taiwan.

Menurut Oriental Daily, lelaki berkenaan, ditahan selepas ibunya membuat laporan polis.

Mengikut laporan, ibu bapa Jiang bercerai ketika dia masih kecil hingga memaksanya diletakkan di rumah anak yatim. Jiang berada di situ sehingga dia berusia 16 tahun. Selepas itu dia keluar dari situ bagi mencari kerja.

Tidak lama kemudian ibunya mencarinya. Wanita itu mahu menetap bersamanya kerana dia tidak bekerja dan memerlukan bantuan anaknya untuk menanggung kehidupan sehariannya.

Disebabkan wanita itu tidak bekerja, mereka menetap bersama. Namun apabila usianya menginjak 18 tahun, dia mula berasa berahi terhadap ibunya sendiri yang pada penglihatannya wanita itu kelihatan seperti usia 20 tahun.

Menurut Jiang, dia tidak merasakan wanita itu seperti ibunya kerana dia tidak dipelihara oleh ibunya justeru dia tidak nampak kesalahannya yang tertarik kepada wanita itu.

Disebabkan keadaan berkenaan, dia memaksa ibunya menjalin hubungan seksual sebanyak empat kali dan mengugut untuk tidak lagi memberi wang kepada wanita berkenaan sekiranya dia tidak mengikut kata Jiang.

Ibunya yang tidak dapat lagi menanggung rasa jijik kemudiannya membuat laporan polis. Jiang melarikan diri tetapi akhirnya ditangkap.

Dia mempertahankan diri bahawa ibunya yang menggodanya dengan memakai baju seksi ketika di dalam rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.