ADUN Lenggeng Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, 56, meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika menghadiri Majlis Hari Raya yang dianjurkan Adun Sri Menanti, Datuk Abd. Samad Ibrahim di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah.

Jenazah dijangka dibawa ke Taman Rashidah Utama sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Batu 7 dekat sini sebelum Zohor hari ini.- MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.