159 Kawasan Di Kanada Masih Terbakar, Puluhan Ribu Penduduk Tidak Dapat Pulang

FORT McMURRAY – Berpuluh-puluh ribu penduduk Kanada yang dipindahkan akibat kebakaran hutan tidak dapat pulang ke rumah kerana api terus marak.

Menurut AFP, 159 kawasan di British Colombia, masih terbakar manakala 60 daripadanya tidak dapat dikawal.

Kebakaran itu telah memusnahkan 188,000 hektar hutan dan tanah terbiar, lapor RTM.

Setakat ini, 40,000 penduduk masih dipindahkan.

Manakala, kira-kira 1,000 penduduk Cache Creek, di barat Kamloops, yang dipindahkan 11 hari lalu telah pulang ke rumah, namun diberi amaran mungkin perlu berpindah semula dengan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.