Raja Muda Selangor Terima Watikah Tauliah Pegawai

MELAKA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyaksikan upacara penyampaian Watikah Tauliah Pegawai Muda Tentera Darat Tauliah Luar Negara kepada Raja Muda Selangor, Leftenan Muda Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah di PARAWOOD Ke 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kem Terendak, di sini, pagi ini.

 

Baginda tiba jam 9.45 pagi diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

 

Yang turut hadir mengiringi baginda ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. Penyampaian watikah disempurnakan oleh Raja Mohamed kepada lima Pegawai Muda Tentera Darat Tauliah Luar Negara yang didahului Leftenan Muda Tengku Amir Shah; Leftenan Muda Mohd Nafiq Afifi Jumaan; Leftenan Muda Muhammad Akmal Azmi; Leftenan Muda Mohamad Haziq Mohd dan Leftenan Muda Mohammad Hariz Hashim.

 

Tengku Amir Shah bersama Mohd Nafiq Afifi, Muhammad Akmal dan Mohamad Haziq adalah Pegawai Muda Tentera Darat Tauliah Luar Negara dari Royal Military Academy (RMA) Sandhurst, United Kingdom (UK). Mohammad Hariz pula dari Officer Cadet School, SAFTI Military Institute, Singapura.

 

Semua Pegawai Muda Tentera Darat itu ditempatkan di Batalion ke 17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para dan Batalion ke 8 Rejimen Renjer Diraja Para.

 

Terdahulu, upacara penyampaian Watikah Tauliah dimulakan dengan persembahan tarian ngajat, demonstrasi keupayaan para menerusi persembahan Combat Casualty Care (TCCC), combat swimming, abseiling, repelling, fast roping, serangan seksyen human wave dan Tarian Perang 10 Briged PARA. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.