DAP Tangguh Pemilihan Parti Tahun Ini

PETALING JAYA – DAP menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini bagi memberi tumpuan kepada persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang perlu diadakan menjelang Ogos 2018.

 

Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke berkata jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat pada Isnin untuk menggunakan Fasal VIII (1) perlembagaan parti.

 

Ini membolehkan CEC untuk menangguhkan kongres parti itu bagi suatu tempoh tidak melebihi 18 bulan jika ia adalah dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembubaran automatik Parlimen.

 

Tempoh CEC semasa adalah sehingga 29 September tahun ini.

 

“Walaupun tidak akan ada pemilihan parti tahun ini, persidangan kebangsaan dijadualkan akan diadakan pada 4 Disember depan,” kata Loke dalam kenyataan pada Selasa. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.