Bekas Panglima Akin Ozturk Nafi Rancang Guling Kerajaan Turki

SEORANG bekas komander tentera udara telah menafikan dia adalah individu yang merancang plot cubaan rampasan kuasa oleh tentera di Turki pada Jumaat lalu.

 

Gen Akin Ozturk dan 26 pegawai kanan didakwa melakukan pengkhianatan dan ditahan reman pada Isnin, kata agensi berita Anadolu.

 

Tetapi dalam satu kenyataan kepada pendakwa raya, bekas komander itu menegaskan: “Saya bukan orang yang merancang atau mengetuai rampasan kuasa.”

 

Anadolu sebelum itu memetik dia sebagai memberitahu penyiasat bahawa dia telah “bertindak dengan niat untuk merampas kuasa”.

 

Pegawai telah menyalahkan perusuh hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 232 orang dan mencederakan 1,400 mangsa lain.

 

“Saya tidak tahu siapa yang rancang atau mengarahkannya. Menurut pengalaman saya, saya fikir bahawa [gerakan Gulen] cuba melakukan rampasan kuasa ini,” Gen Ozturk dipetik sebagai memberitahu pendakwa oleh Anadolu sebelum muncul di mahkamah di Ankara.

 

“Tetapi saya tidak boleh memberitahu siapa yang berada dalam angkatan tentera yang terlibat. Saya tidak mempunyai makluma,” katanya. – BBC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.