Pemisah Pro-Rusia Halang OSCE Jalan Siasatan

KIEV 19 Julai – Kumpulan pemisah Ukraine pro-Rusia melepaskan tembakan amaran bagi menghalang pasukan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) melakukan pemeriksaan di lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di timur negara ini, hari ini, laporan portal berita Mail Online.

Jelas laporan berkenaan, tindakan kumpulan bersenjata pro-Rusia itu sekali gus meningkatkan spekulasi tentang cubaan pemberontak menyembunyikan segala kaitan yang mendakwa pesawat terhempas akibat ditembak peluru berpandu BUK milik Moscow dan kotak hitam pesawat MH17 dipercayai dalam perjalanan ke Rusia.

Kumpulan pemisah terbabit turut menghalang 30 anggota OSCE mengakses keseluruhan kawasan tragedi sebelum memaksa mereka meninggalkan lokasi kejadian selepas 75 minit.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140719/lu_12/MH17-Kumpulan-pemisah-pro-Rusia-halang-OSCE-jalan-siasatan#ixzz37syu14Wu 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.