MH17: Najib Panggil Sidang Parlimen Tergempar

KUALA LUMPUR 18 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.

Beliau berkata, sidang tergempar itu adalah bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap tragedi malang itu.

Katanya, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu.

“Sekalipun pesawat MH17 itu dipercayai ditembak jatuh, namun buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti-bukti sahih dapat disahkan,” kata Perdana Menteri dalam perutusan khas mengenai nahas MH17 yang disiarkan secara langsung di RTM1 malam tadi.

Najib berkata beliau difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian itu dikuasai dan dikawal oleh pasukan pemberontak. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140719/dn_03/MH17-Najib-panggil-sidang-Parlimen-tergempar#ixzz37qc0C81P 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.