MH17: Bapa Pelajar Pintar British Tuduh Presiden Rusia Bunuh Anaknya

BAPA pelajar pintar matematik British iaitu Simon Mayne mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin membunuh anaknya yang merupakan penumpang MH17.

Anaknya, Richard, 21405680967496_wps_14_ID_CONFIRMED_Pic_By_HotSp0, terdiri daripada 10 rakyat British yang terkorban selepas puak pemisah pro-Rusia menembak jatuh penerbangan MH17 milik MAS
 yang dalam perjalanan Dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Richard merupakan seorang pelajar pintar British dan pakar matematik bakal menerima ijazah kelas pertama dari Universiti Loughborough.

Dia juga kini sedang melanjutkan pelajaran di Univerisiti Leeds.

“Semua orang tahu bahawa apa yang sedang berlaku di timur Ukraine adalah tajaan Rusia. Putin fikir dia seorang pemimpin yang dikagumi tetapi sebenarnya dia telah membunuh anak saya.

“Semua orang juga tahu bahawa puak pemisah mendapatkan peluru daripada Rusia dan bukannya membeli dari kedai,” ujar Mayne.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/19/pelajar-pintar/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.