MH17: 181 Mangsa Korban Dijumpai

UKRAINE: Pekerja-pekerja kecemasan meneruskan usaha pencarian di kawasan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas yang dipercayai ditembak oleh puak pelampau di Ukraine dekat sempadan Russia malam tadi.

Menurut Menteri Luar Ukraine Andriy Sybiga, 181 mayat telah ditemui pada Jumaat.

Sybiga turut berkata kesemua mangsa korban akan dihantar kepada Kharkiv, sebuah agensi kerajaan untuk dikenalpasti.

MAS dalam kenyataannya berkata, mangsa terkorban termasuk dari Belanda seramai 189 orang, Malaysia (44), United Kingdom (9), Belgium (4), Jerman (4), Filipina (3), Kanada (1) dan New Zealand (1).

Pihak Ukraine telah mula mengadakan siasatan di peringkat antarabangsa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab ke atas serangan pesawat MH17 tersebut, walaupun laluan ke lokasi insiden sukar dan berbahaya.

Kawasan insiden itu terletak berdekatan dengan ibu kota Donesk, yang merupakan daerah puak pemisah bangkit menentang rejim Kiev April lalu.

Puak pemisah Ukraine telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan ke atas siasatan insiden yang menimpa pesawat MH17 tersebut dan turut menjanjikan laluan selamat untuk pihak penyiasat antarabangsa ke kawasan nahas itu.

Kiev membantah kenyataan tersebut dengan mengatakan pihak pemisah telah menghalang pegawai-pegawai Ukraine tiba ke lokasi nahas tersebut.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh17-181-mangsa-korban-dijumpai-40178?cp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.