Keluarga Mangsa Di Amsterdam Diberi Bayaran Awal AS$5,000

AMSTERDAM: Malaysia Airlines (MAS) akan membuat bayaran tunai sebanyak AS$5,000 (RM15,900) untuk setiap penumpang MH17 bagi menampung perbelanjaan awal sementara waris dan ahli keluarga menunggu berita seterusnya di sebuah hotel di Amsterdam. 


Syarikat penerbangan itu juga bercadang untuk membawa keluarga penumpang pergi ke lokasi kemalangan di timur Ukraine, kata Naib Presiden MAS Eropah, Huib Gorter, pada sidang akhbar, Jumaat.

“Kami sedang berusaha untuk melihat sama ada ia boleh dilaksanakan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Reuters.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.