Pemberi maklumat skandal rasuah Adun Sabah akan didakwa SPRM 30 Jun ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pemberi maklumat skandal rasuah Adun Sabah akan didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu pada 30 Jun ini.

Peguamnya Mahajoth Singh berkata, anak guamnya bersama beliau hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi tadi bagi memberikan kenyataan lanjut.

“Pada awalnya kami dimaklumkan proses rakaman kenyataan itu akan berlangsung dalam tempoh yang singkat.

“Namun, sebaik tiba, kami diberitahu mereka menerima arahan dari pihak atasan untuk mendakwa anak guam saya,” katanya dalam kenyataannya lapor Sabah Post.

Sejak November lalu, pemberi maklumat itu dilaporkan menyerahkan beberapa rakaman video berkaitan lesen perlombongan yang membabitkan beberapa Adun Sabah kepada sebuah portal berita.

Pemberi maklumat itu kini dibebaskan dengan jaminan.

“Anak guam saya kekal tenang dan berpendirian teguh meskipun SPRM memilih mendakwanya dan bukannya memberi perlindungan sebagai pemberi maklumat dalam isu yang mempunyai kepentingan awam yang amat besar,” kata Mahajoth.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memaklumkan dua Adun Sabah dan seorang orang awam akan didakwa sebelum akhir bulan ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang individu bertemu dengan pegawai SPRM pada 30 Oktober lalu berkaitan video tular dakwaan skandal rasuah.

Peguam kepada pemberi maklumat itu dilapor memainkan rakaman audio berdurasi 17 saat yang memperdengarkan beberapa orang sedang berbincang tentang sejumlah wang dalam suatu pertemuan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat