Thailand ‘halalkan’ perkahwinan sejenis

- Advertisement -

BANGKOK- Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menghalalkan perkahwinan sejenis.

Senat dewan memberi kelulusan muktamad dengan 130 undi berbanding empat, dengan 18 berkecuali kepada perubahan undang-undang perkahwinan yang membenarkan pasangan sejenis mengikat tali perkahwinan.

Undang-undang baharu itu kini akan diserahkan kepada Raja Maha Vajiralongkorn untuk mendapatkan perkenan diraja dan berkuat kuasa 120 hari selepas diterbitkan dalam Warta Diraja rasmi.

Thailand kini menjadi negara ketiga di Asia di mana pasangan sejenis boleh melangsungkan perkahwinan, selepas Taiwan dan Nepal, dan aktivis berharap perkahwinan pertama dapat diraikan seawal Oktober.

Perundangan baharu itu menukar rujukan kepada “lelaki”, “wanita”, “suami” dan “isteri” dalam undang-undang perkahwinan kepada istilah neutral jantina.

Ia juga memberikan pasangan sejenis hak yang sama seperti pasangan heteroseksual dalam hal pengangkatan dan pewarisan.

Perdana Menteri Srettha Thavisin, yang lantang menyokong komuniti LGBTQ dan rang undang-undang itu, membuka kediaman rasminya kepada aktivis dan penyokong untuk sambutan selepas pengundian.

“Kami telah berjuang untuk masa yang lama kerana kami percaya kepada hak yang sama,” tulis Srettha pada akaun X selepas pengundian.

Lebih 30 negara di seluruh dunia menghalalkan perkahwinan sejenis sejak Belanda menjadi yang pertama pada tahun 2001.

Tetapi di Asia hanya Taiwan dan Nepal yang mengiktiraf kesaksamaan perkahwinan.

India hampir menyaksikan perubahan sama pada Oktober tahun lalu tetapi Mahkamah Agung merujuk keputusan itu kembali kepada Parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat