Galak, tanam ideologi keganasan IS: 5 ahli keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram didakwa

- Advertisement -

MKUALA LUMPUR- Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis 17 Mei lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, hari ini atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalak dan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (IS).

Tertuduh membabitkan bapa lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, dan ibunya, Rosna Jantan, 59, yang juga warga Singapura.

Turut didakwa, tiga adik beradik suspek lelaki yang ditembak mati pada 17 Mei lalu, iaitu Radin Romyullah Radin Imran, 34, Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah Radin Imran, 19.

Pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Radin Imran berdepan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas IS.

Fahaman itu didakwa telah disemai kepada semua anggota keluarganya membabitkan Radin Luqman, 21, suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram; isteri serta tiga anaknya, memetik laporan BH pada Rabu.

Anak lelaki sulungnya pula berdepan dua pertuduhan manakala isteri dan dua anak perempuan Radin Imran pula masing-masing hanya berdepan satu pertuduhan.

Terdahulu, lima ahli keluarga suspek tiba di perkarangan mahkamah jam 9 pagi tadi dengan dikawal ketat hampir 30 anggota polis.

Sekitar kompleks mahkamah turut dikawal ketat puluhan anggota polis sejak jam 7 pagi.

Dalam kejadian serangan jam 2.54 pagi 17 Mei lalu, dua anggota polis Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban manakala suspek berusia 21 tahun itu mati ditembak.

Tragedi itu turut mencederakan Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, yang terkena tembakan pada bahu dan pinggul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat