PKR Tetap Pertahan Pelan Asal Lantik Anwar Sebagai PM – Saifuddin

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) yakin Pakatan Harapan (PH) tidak akan berganjak dengan pelan asal pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia dipandu dengan keputusan asal dalam perjanjian membabitkan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 6 Januari 2018, lima bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Keputusan (perjanjian) itu mengikat PH sampai bila-bila. Melainkan keputusan itu dirungkai dan diubah. Proses nak ubah dan rungkai mesti balik semula kepada PH.

“Keputusan itu adalah jika PH menang, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri dan (Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Manakala, Anwar sebagai pengganti Perdana Menteri.

“Setakat ini, dua sudah dilaksanakan. Apa yang belum terlaksana adalah lantikan Anwar,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pembangunan Industri Kewangan Malaysia (MIDF), di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang di Kuala Lumpur, semalam.

Berita Berkaitan;-

Wan Azizah Enggan Letak Jawatan TPM Sebelum Anwar Sah Jadi PM

PPBM Gesa Wan Azizah Letak Jawatan TPM Terlebih Dahulu

Beliau memberi reaksi itu selepas ditanya pemberita mengenai desakan beberapa pihak yang menggesa Dr Wan Azizah agar meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk digantikan dengan Anwar.

Saifuddin Nasution berkata, pihaknya tidak akan melayan desakan itu kerana berpegang kepada perjanjian PH sebelum PRU-14 lalu, tambahan pula negara ini mengamalkan demokrasi.

“Pandangan luar itu kita anggap sebagai asam garam. Jangan hanya kerana desakan itu kita ubah formula. Kita masih kekal dengan pelan asal.

“Beri ruang kepada PH bergerak sebagai kerajaan dan menunaikan tanggungjawabnya,” katanya. – Hmetro

Lain-Lain Berita Menarik;-

Teo Nie Ching Lebih Sudu Dari Kuah Dalam Isu Kaji Pendidikan Islam – IKATAN

Perbuatan Orang Dalam PKR Sebar Video Seks – Azmin Ali

Kalau Baca Politik, Otai Reformasi Terbabit Konspirasi Nak Jatuhkan Azmin – PPBM

Azmin dan Haziq Ahli PKR, Ketulenan Video Seks Perlu Disiasat – PKR Johor

Ketua AMK PKR Santubong Lapor Polis, Dakwa SU Politik Azmin Paksa Berbohong

Timbalan Menteri Gantung Tugas Haziq, Diminta Jawab Surat Tunjuk Sebab

Pemimpin PKR Sabah Dakwa Ada Pemimpin Parti Lindungi Haziq

SU Politik Azmin Nafi Ugut, Dakwa Haziq Buat Laporan Polis Palsu

Ini Bukan Kerja UMNO atau PAS, Tapi Kerja Jijik Dari Dalam PH Sendiri – Khairuddin

Otai Reformasi Mahu Azmin Direhatkan, Harap Dr Mahathir Tidak ‘Double Standard’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.