Penyokong PH Dikecam, Muatnaik Gambar Perkahwinan Pasangan Gay

KUALA LUMPUR – Pengendali laman Facebook Vande Murugan Court dikecam kerana memuatnaik gambar pasangan gay berketurunan India yang sedang melangsungkan perkahwinan.

Rata-rata menyifatkan tindakan memuatnaik gambar tersebut sebagai melampau kerana mencemarkan nama baik masyarakat India di negara ini.

Malah ada juga dikalangan mereka yang menggesa agar pengendali laman tersebut membuang lambang PH (Pakatan Harapan) bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan masyarakat.

“Admin, kamu kata laman ini untuk komuniti PH tapi dimasa yang sama kamu meraikan perkara yang tidak masuk akal seperti ini (muatnaik gambar pasangan gay) Semoga tuhan merahmati anda semua, ada baiknya kamu memadamkan gambar ini atau berhenti mengunakan nama PH.

“Ini kerana para penyokong PH mempunyai harga diri dan prinsip, tolong jangan rosakkan nama mereka. PH dan para penyokong mereka tidak akan melanggar undang-undang negara (kerana) fahaman LGBT tidak pernah diterima di negara ini, Fikirkanlah,” tegas Oviyah Viji.

“Admin tolong jangan muatnaik status seumpama ini (kerana) ia hanya akan mendiskriminasi budaya kita sendiri (masyarakat India),” ujar Prathabansok Thirai Rajah Anthony pula.

“Dalam ciptaan tuhan, perempuan (adalah) untuk lelaki (dan) lelaki untuk perempuan. Tapi dalam dunia (sekarang) ini manusia (ada) bermacam-macam la, apa mahu jadi (dengan) dunia ini saya pun tak tahu la,” kata Suresh Don.

“Ini merupakan titik perubahan untuk generasi baru, dan bakal menyebabkan generasi seterusnya berakhir. Admin harap berhenti berkongsi maklumat yang bertentangan dengan budaya kita seperti ini,” luah Thangaraj Thangavel pula.

Namun ada juga dikalangan pengunjung laman tersebut yang menyifatkan tindakan pasangan tersebut sebagai hak asasi mereka.

“Kepada semua yang memberikan komen yang negatif, sila belajar mengenai fakta sebenar. Saya bukan seorang gay tetapi saya mempunyai beberapa orang kawan yang homoseksual.

“Tidak ada yang salah untuk menjadi seorang gay kerana mereka tidak menyakitkan sesiapa. Bercakap buruk tentang orang lain bukan merupakan budaya kita (masyarakat India) tetapi anda semua masih melakukannya!!!

“Kecenserungan seksualiti bukan sesuatu yang anda (boleh) pilih, tapi ia diputuskan sejak anda berada di rahim ibu anda. Bukan hak anda semua untuk menilai pilihan orang lain, biarkan mereka melakukan perkara yang boleh membuatkan mereka gembira,” tegas Mathana Mambo.

“Mengapa mesti kecam dan hina mereka, biarkan mereka memilih dan menjalani hidup yang mereka inginkan kerana ia merupakan hak asasi manusia. Apa yang penting mereka tidak mencuri dan merompak wang rakyat seperti yang dilakukan pemimpin BN,” ujar Baladevan Bathumalai pula.

Terdahulu pengendali laman tersebut memuatnaik dua keping gambar yang memaparkan pasangan lelaki sedang melangsungkan perkahwinan dengan mengunakan adat dan budaya masyarakat India.

Majlis perkahwinan tersebut turut dihadiri beberapa orang rakan pasangan tersebut sebagai tanda meraikan mereka.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan dimana majlis tersebut diadakan.

Pihak SuaraTV telah cuba menghubungi pengendali laman tersebut bagi mendapatkan maklumbalas, namun sehingga gagal mendapatkan sebarang pengesahan.

One thought on “Penyokong PH Dikecam, Muatnaik Gambar Perkahwinan Pasangan Gay

  • June 19, 2018 at 2:50 am
    Permalink

    DONT BE STUPID N NONSENSE….JGN CUBA MULAKAN ISU BANGANG INI…TAKDA MODAL LAIN YG LEBIH BERNAS , MALAR ,SEGAR HA??? BODOH SGT PERANGAI APA LAH..HAPRAK…. BODOH MCM KAYU

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.