Lelaki Dakwa Sambutan Aidilfitri Lebih Meriah Selepas Murtad

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mendakwa sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya setelah dia mengambil keputusan untuk keluar dari Islam.

Lelaki yang mengunakan nama samaran Wyatt E Coyote itu berkata demikian melalui laman Twitternya sebentar tadi.

“Sambutan hari raya (Aidilfitri) saya yang pertama sebagai bekas Muslim, sangat seronok berbanding tahun lepas,” tulis @wyattecoyoty ringkas.

Ekoran pendedahan tersebut, beberapa orang kenalannya tampil bagi mengucapkan tahniah sambil mendakwa mereka juga telah keluar dari Islam.

“Saya juga pertama kali sambut hari raya sebagai bukan Islam pada tahun ini. Pada saya sambutan hari raya merupakan perayaan budaya berbanding keagamaan. Saya atheist (tidak percaya pada tuhan) tapi merupakan seorang Muslim dari segi budaya,” kata @mediocremammal.

“Sudah hampir 4 tahun saya menjadi seorang atheist namun saya masih tetap berpuasa dan menyambut hari raya kerana saya telah dibesarkan dengan cara yang sedemikian. Masyarakat perlu berhenti mengkritik pemikiran bebas kita kerana secara asasnya kita lebih bersifat terbuka (dan) bijak,” ujar @ShahHadie.

“Selamat hari raya bro, saya juga (telah murtad). Apa yang kamu katakan adalah betul kerana pada saya hari raya membawa maksud meraikan bersama orang yang kita sayang tanpa perlu risau ‘adakah saya terlepas lailatulqadar pada tahun ini’ hehe,” kata @fai_O5 pula.

Wyatt turut berkata sekarang adalah masa untuk golongan murtad di negara ini untuk bersuara.

Bagaimanapun rata-rata penguna media sosial jelas tidak bersetuju dengan pendedahan lelaki tersebut sambil melahirkan rasa khuatir ekoran peningkatan bilangan mereka yang keluar dari Islam.

“Sedih memang sedih, mesti ada sebab kenapa mereka murtad. Doa yang baik-baik je. Mereka ada hak untuk membuat pilihan,” kata @nikmohdaqmal

“Perlunya pendakwah yang betul-betul handal dan berilmu serta fokus kepada perjuangan ini sahaja. Beri mereka dana dan sokongan untuk memulihkan. Tugas yang sangat-sangat mencabar,” kata @fedtriyahya pula.

Tinjauan yang dilakukan SuaraTV mendapati, lelaki tersebut kemudiannya mengambil keputusan untuk memadamkan akaun Twitternya.

Ia susulan daripada kritikan dan ancaman yang diterima berhubung pendedahan tersebut. – SuaraTV

One thought on “Lelaki Dakwa Sambutan Aidilfitri Lebih Meriah Selepas Murtad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.