Video : Lagu Raya Sudirman Versi Thai Curi Perhatian

Minggu ini ramai di antara kita akan mula balik kampung untuk menyambut Hari Lebaran.

Lagu raya Sudirman antara lagu yang popular dimainkan tambahan pula ia dinyanyikan semula dalam bahasa lain.

“Pada minggu ini juga lagu raya akan lagi rancak dimainkan dan antara yang popular ialah lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham Sudirman.

“Lagu ini juga telah dinyanyikan dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Tamil. Dan ini pula dinyanyikan dalam bahasa Thai,”tulis Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles menerusi status di facebooknya, pagi ini.

Menerusi status tersebut Akmar turut muat naik video lagu raya Sudirman yang dinyanyikan kembali oleh seorang remaja dalam bahasa Thai.

Dalam pada itu seorang daripada pengikutnya turut melahirkan rasa terhibur dengan persembahan video lagu raya remaja tersebut.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.