Tsunami Landa Greenland, 4 Dilapor Hilang

STOCKHOLM- Empat disenaraikan hilang pada Ahad selepas satu gempa bumi menggegarkan Greenland sehingga mengakibatkan tsunami.

Menurut AFP, kejadian itu menyebabkan sebahagian penduduk terpaksa berpindah.

“Empat orang hilang,” kata penyiar tempatan KNR memetik ketua polis tempatan, Bjorn Tegner Bay yang bercakap pada sidang media.

Tiada kemalangan jiwa disahkan tetapi menurut Bay, 11 rumah dihanyutkan arus deras selepas gempa bumi 4 magnitud melanda Ummannaq, sebuah pulau kecil di negara itu pada Sabtu malam, lapor mStar.

“Gelombang besar memberi risiko kepada Upernavik dan kawasan sekitarnya. Penduduk Nuugaatsiaq dipindahkan,” kata polis di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.