Tok Ram Selar Penerbit Mahu Bayar Artis RM300 Untuk Program Malam Raya

Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS menyelar penerbit yang mahu membayar artis RM300 untuk program di malam raya.

Menerusi status di laman Facebooknya, Ramli atau dikenali dengan nama Tok Ram meluahkan ada pihak produser yang menawarkan bayaran rendah untuk seorang artis hadir menyanyi di salah sebuah program yang bakal bersiaran di malam Raya.

“300 ringgit artis dibayar untuk malam raya TV program? Ni tahun 1972 ke? Kau sangat bangs*t! Kau patut dibuang kerja or ambil je Bangla kat Pudu tu nyanyi untuk TV program kau!

“Tips dari saya untuk artis-artis.. Kalau ada offer macam ni, jawab kat produser tu, aku bagi kau 300 ringgit kau jangan call aku lagi okay. Thank you,” tulisnya.

Status tersebut mendapat perhatian ramai penggiat seni yang bersetuju dengan pandangan yang diutarakan Ramli.

Rata-rata penggiat seni turut tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang menawarkan bayaran terlalu murah kepada penggiat seni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.