Sultan Nazrin Berkenan Jayakan Program Quran Hour

PUTRAJAYA – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mencemar duli bagi menjayakan program satu jam bersama al-Quran, Malaysia #Quran Hour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Baginda tiba pada pukul 11.40 pagi untuk bersama dalam program yang disertai kira-kira 2,000 orang di masjid berkenaan.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Program edisi ketiga Malaysia Quran Hour, dengan tema ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’ itu berlangsung hari ini melibatkan 1,660 lokasi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Program selama sejam tersebut meliputi tadabbur dan tazakkur, Solidariti Ngaji, Bacaan 24 Surah oleh 24 Tokoh dan Doa ‘Malaysia Berbudi dan Penyayang’. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.