Sulaiman Mahbob Pangku Pengerusi FGV, Ganti Isa Samad

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob dilantik sebagai pemangku Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) berkuat kuasa serta-merta.

Sulaiman menggantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang bersetuju melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV.

Perdana Menteri seterusnya memaklumkan, Mohd. Isa dilantik sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangku­tan Awam Darat (SPAD) juga berkuat kuasa serta-merta.

Sementara status Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang kini digantung tugas akan ditentukan oleh lembaga siasatan FGV selepas semua siasatan selesai.

“Saya sahkan telah bertemu dengan Mohd. Isa pagi tadi bersama Datuk Seri Idris Jala, kita telah bincang mendalam tentang masa depan FGV.

“Mohd. Isa dengan rela hati setuju untuk lepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV dan tempatnya diganti dengan Sulaiman Mahbob,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Perdana Menteri terdahulu hadir pada Majlis Serah Kunci Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Presint 17 di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.