PM Mahu Penggiat Seni Tanam Nilai Kemanusiaan Dalam Masyarakat

PUTRAJAYA  – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penggiat seni dan golongan yang terlibat dalam bidang kreatif untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menerapkan nilai kemanusiaan dalam karya mereka ke arah membentuk masyarakat Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Sehubungan itu, mengakui terdapat kelompangan dalam masyarakat Malaysia hari ini dalam soal jati diri dan bangsa, beliau berkata kekosongan itu menjadikan proses pembinaan negara bangsa belum lagi kukuh dan utuh.

“Kita ada masalah sosial. Sehari dua ini kita mendengar masalah gangsterisme dan buli yang menjadi perhatian umum dalam masyarakat.

“Justeru, saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memainkan peranan masing-masing untuk menanamkan nilai kemanusiaan yang lebih mulia dalam kalangan masyarakat,” katanya, lapor Bernama.

Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Seramai 2,000 tetamu terdiri daripada sasterawan, budayawan, penulis, kartunis dan artis hadir pada majlis berbuka puasa yang julung kali diadakan bersama perdana menteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.