Penyeludup Pistol Mati Ditembak

ALOR SETAR – Seorang lelaki disyaki penyeludup senjata api dan dadah dari negara jiran mati dalam kejadian berbalas tembakan di persimpangan jalan Kampung Weng Dalam menghala Kampung Ulu Lenggong, Baling dekat sini awal pagi kelmarin, lapor Kosmo.

Dalam kejadian pada pukul 4.25 pagi itu berlaku ketika sepasukan polis yang sedang membuat rondaan di kawasan tersebut terserempak dengan sebuah kereta Toyota Vios yang berhenti di tepi jalan dan berada dalam keadaan mencurigakan, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff.

Beliau berkata, pasukan polis tersebut menghampiri kereta Vios berkenaan lalu mengarahkan seorang lelaki yang duduk di tempat duduk pemandu supaya keluar untuk tujuan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, lelaki itu bertindak melepaskan beberapa das tembakan dari dalam kereta sebelum meluru keluar melalui pintu penumpang hadapan,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4kR23p0Hl
Hakcipta terpelihara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.