Netizen Kecam Jubah Slim Fit Wanita

Jubah slim fit wanita menerima kecaman hebat daripada netizen di media sosial.

Tampil dengan rekaan jubah slim fit wanita dengan tagline di akaun instagramnya, ‘The Right Outfit To Style Your Shape’ (Busana Tepat Untuk Menonjolkan Bentuk Anda), koleksi Helaian by the Hanifiah (helaianbyth) menawarkan pakaian wanita yang dikatakan agak ‘sendat’.

Tampil dengan pelbagai warna dan rekaan tersendiri, rekaan ini mengingatkan kepada jubah ‘teletubbies’ yang trending pada perayaan aidilfitri tahun lalu, seperti memetik MD.

Menampilkan ‘abang sado’ sebagai modelnya, jubah berkenaan dikatakan telah sold out lebih awal daripada jangkaan permintaan tinggi.

Dua rekaan diperkenalkan helaianbyth pada tahun iaitu ‘dress’ labuh dan kurung moden, kedua-dua rekaan berkenaan menggunakan kain kapas mudah renggang yang sendat melilit tubuh.

Rata-rata netizen mengecam dress labuh DespaRop potongan slim fit, 8 warna pilihan ditawarkan sementara kurung moden Stretchable Primadona menawarkan 10 warna, juga dengan potongan slim fit.

Rata-ratanya menyifatkan potongan ‘slim fit’ itu tidak sesuai bagi wanita.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.