Keluarga Nafi Akan Jual Rumah Mewah Milik Julia Perez

Keluarga Allahyarhamah Julia Perez menolak khabar angin bahawa mereka akan menjual rumah mewah milik Julia di Cibubur, Jakarta Timur, seperti yang dihebohkan menerusi media sosial.

Menurut adiknya, Della Wulan Astreani, keluarganya mempunyai banyak alasan untuk tidak menjual aset berharga berkenaan yang diperolehi hasil penat lelah Julia membelinya.

“Enggak ada sama sekali (keinginan jual rumah),” kata Della Wulan.

Jelasnya, rumah yang ditaksir bernilai jutaan ringgit itu diamanahkan untuk dijaga oleh keluarga mereka.

“Kerana ini (rumah) perjuangannya kakakku. Dia yang berjuang kerana mahu adiknya tinggal di sini. Rumah ini tidak mungkin dijual, meski kami tiada di sini, rumah ini akan tetap ada (tidak dijual),” ujar Della.

Sebelum ini timbul khabar angin bahawa rumah mewah itu akan dijual bagi membiayai kos rawatan Julia, ketika menjalani rawatan akibat penyakit kanser pangkal rahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.