Kastam Batal Kenakan GST Pada 60 Barangan Makanan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini membatalkan cadangannya untuk mengenakan GST ke atas lebih 60 item barang makanan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy dalam kenyataan kepada media memberitahu, pihaknya membuat keputusan pembatalan itu selepas merujuk kepada Kementerian Kewangan.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.