Jejantas Runtuh Dilanggar Treler

KLANG – Sebuah jejantas di Batu 8, Jalan Meru berhampiran Sekolah Menengah Meru di sini runtuh selepas dilanggar oleh sebuah treler malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, bahagian tangga jejantas tersebut runtuh selepas tiangnya patah akibat pelanggaran berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.05 malam.

“Angota bomba yang bergegas ke lokasi telah bertindak memasang sawar-sawar di sekeliling lokasi kejadian dan seterusnya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.