Isa Samad Letak Jawatan Pengerusi FGV

KUALA LUMPUR – Felda Global Venture Holding Bhd. (FGV) mengumumkan peletakan jawatan Pengerusinya, Tan Sri Isa Abdul Samad berkuatkuasa hari ini.

Isa turut meletakkan jawatan dalam syarikat-syarikat sekutu dan syarikat usahasama syarikat peladangan kelapa sawit terbesar Malaysia itu.

“FGV mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Isa Samad daripada mempengerusikan FGV serta anak-anak syarikat, syarikat-syarikat sekutu dan syarikat usahasama bagi memberi fokus kepada urusan peribadinya,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Serentak itu, ahli lembaga pengarahnya, Tan Sri Sulaiman Mahbon dilantik sebagai Pemangku Pengerusi FGV.

Sementera itu, Isa dilantik Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuatkuasa serta merta. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.