Ibu Dan Anak DItahan Miliki Syabu Bernilai RM225,000


POLIS menahan seorang ibu dan anak lelakinya serta merampas dadah jenis syabu seberat tiga kilogram bernilai RM225,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Puyut, dekat Lahad Datu, kira-kira 5 pagi, Sabtu lalu.

Dua beranak itu diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu ketika mereka sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, serbuan dilakukan menerusi Op Sarang Bersepadu yang mengkhususkan Kampung Puyut.

“Hasil risikan, polis menahan seorang wanita dan anaknya kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Polis menemui beg warna hitam dan pemeriksaan menemui dua bungkusan plastik berisi syabu,” katanya pada sidang media di IPD Lahad Datu, hari ini.

Menurutnya, wanita berusia 52 tahun bersama anaknya berumur 19 tahun dibawa ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

“Ini adalah rampasan syabu terbesar tahun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ABD) 1952,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.